Berita Dan Aktiviti PKS

29 Nov 2022

“LANDIQ ENGKERABAI” PRODUK TEKNOLOGI MAKLUMAT JUARA FESTIVAL PROJEK PELAJAR SESI I 2022/2023 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Festival Projek Pelajar Sesi I 2022/2023 Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 November 2022 di Dataran Jubli Perak dan Dewan Jubli Perak, PKS. Daripada 224 projek teknikal dan 47 kertas penyelidikan yang telah dihasilkan hanya 60 projek pelajar terpilih dalam saingan peringkat jabatan ke Festival Projek Pelajar yang dinilai oleh juri-juri industri. Festival ini telah menyaksikan pelajar semester 5 pelbagai program diploma mempamer hasil idea, inovasi dan kreativiti produk projek dan kajian berdasarkan gabungan ilmu dan kemahiran sepanjang 5 semester pengajian di kampus sebelum layak mengikuti Latihan Industri pada semester akhir (semester 6).
Projek yang diberi nama 𝐋𝐚𝐧𝐝𝐢𝐪 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐞𝐫𝐚𝐛𝐚𝐢 dihasilkan oleh pelajar semester 5, 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 (𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥) telah diumum sebagai 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 pada festival kali ini. Landiq Engkerabai merupakan sistem yang dibangunkan berasaskan Internet of Things (IoT) yang menggabungkan fungsi pelbagai sensor untuk mendapatkan beberapa bacaan parameter mengenai tanaman hidroponik. Maklumat akan diekstrak dan dipaparkan pada aplikasi laman web yang telah dibangunkan bersama sistem ini. Selain daripada itu, sistem ini juga dilengkapkan dengan fungsi penuaian air hujan sebagai sumber air utama untuk tanaman. Tahniah dan syabas kepada pelajar 𝐃𝐨𝐦𝐢𝐧𝐢𝐜 𝐌𝐚𝐭𝐡𝐞𝐰 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐃𝐚𝐯𝐢𝐝, 𝐆𝐢𝐛𝐬𝐨𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐑𝐨𝐛𝐚𝐫𝐝 𝐋𝐞𝐞, 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐝𝐨𝐫𝐧𝐚 𝐈𝐬𝐚𝐛𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐊𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 dan Pensyarah Penyelia 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐟𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐍𝐚𝐰𝐚𝐰𝐢.
𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀, projek 𝐀𝐢𝐫 𝐅𝐢𝐥𝐭𝐞𝐫 𝐀𝐧𝐝 𝐁𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 (𝐀𝐅𝐈𝐁𝐋𝐎𝐖) daripada pelajar 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐊𝐞𝐣𝐮𝐫𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐤𝐚𝐧𝐢𝐤𝐚𝐥 (𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧) yang dianggotai oleh 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐬𝐡𝐫𝐚𝐟 𝐁𝐢𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐰𝐢, 𝐂𝐥𝐚𝐫𝐞𝐧𝐜𝐞 𝐋𝐢𝐞𝐰 𝐂𝐡𝐨𝐨𝐧 𝐘𝐮𝐧𝐠, 𝐃𝐲𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐲𝐢𝐞 𝐃𝐚𝐯𝐢𝐝, 𝐄𝐫𝐥𝐲𝐯𝐢𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐧𝐠 dan pensyarah penyelia, 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐒𝐚𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐈𝐫𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐤𝐚𝐰𝐢. 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀, projek 𝐃𝐞𝐯𝐞𝐥𝐨𝐩𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐞 𝟑𝟔𝟎 𝐕𝐢𝐫𝐭𝐮𝐚𝐥 𝐓𝐨𝐮𝐫 𝐅𝐨𝐫 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 yang dianggotai oleh 𝐒𝐫. 𝐓𝐢𝐨𝐧𝐠 𝐇𝐮𝐚 𝐒𝐚𝐧𝐠 sebagai pensyarah penyelia dan pelajar 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐆𝐞𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 iaitu 𝐈𝐳𝐳𝐚𝐛𝐞𝐥 𝐂𝐨𝐧𝐫𝐚𝐝, 𝐌𝐚𝐱𝐢𝐦𝐢𝐥𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐭𝐚𝐫 dan 𝐊𝐨𝐮𝐜𝐡𝐢𝐲𝐚𝐬𝐬𝐢 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐋𝐢𝐤𝐚.
Pengarah PKS, Tn. Hikmatullah Hajid Ahmad Khan telah menyempurnakan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang utama dan dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa melalui fungsi dan peranan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan di bawah Dr. Muhd Nazmi bin Ismail akan terus bekerja bagi memastikan dan memilih antara projek yang dipertandingkan saban tahun ini mempunyai nilai untuk dikormersialkan atau yang boleh dikongsikan bagi membantu komuniti atau industry dalam bidang-bidang yang berkaitan. Dalam tempoh 6 bulan, ketiga-tiga projek terbaik ini akan dipamerkan di ruang perpustakaan Seri Kenyalang PKS dan potensinya akan dikembangkan terus ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mewakili PKS. Yang penting juga, produk tersebut hendaklah didaftar Hak Cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah pemunya Politeknik Kuching Sarawak atas nama pencipta masing-masing, tambah belaiu.
Turut hadir Encik Mohd Rizal bin Abdul Raman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Festival Projek Pelajar Sesi 1 2022/2023 dan Puan Muliyani binti Abdullah sebagai Pengarah Program.
Untuk maklumat lanjut sila layari facbook Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar