26
Mar
2020
MAKANAN PERCUMA DISEDIA OLEH POLITEKNIK UNTUK PELAJAR TERJEJAS AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Sejak 22 Mac 2020, seramai 450 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang tidak dapat balik ke kampung halaman berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah menerima bantuan makanan dan minuman percuma yang disediakan oleh pihak Politeknik melalui bantuan kebajikan pelajar yang digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar @mpp_pks dan Jawatankuasa Khas COVID19 PKS dengan bantuan Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman @jpkk_pks PKS.
Inisiatif yang memberi manfaat kepada pelajar yang kekal di Kolej Kediaman, Asrama Luar 805 dan juga mereka yang menyewa berdekatan dengan kampus antaranya rumah sewa White House.