Jabatan Matematik,Sains dan Komputer merupakan jabatan sokongan akademik di Politeknik Kuching Sarawak. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dengan dibantu oleh 3 orang ketua kursus daripada kursus Matematik, kursus Sains dan kursus Komputer. Jabatan ini terdiri daripada 30 orang pensyarah daripada pelbagai latar belakang akademik dari pelbagai institusi pengajian tinggi. Jabatan ini juga dibantu oleh seorang pembantu makmal.
Secara amnya, JMSK tidak menawarkan sebarang program sendiri tetapi menyediakan kursus teras lain untuk jabatan induk. JMSK adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan dan Aplikasi Komputer
Kursus-kursus ini ditawarkan kepada pelajar diploma dari 4 jabatan kejuruteraan iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Petrokimia. Selain itu, kursus-kursus ini juga ditawarkan kepada pelajar diploma dari Jabatan Perdagangan serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Accessibility Toolbar