Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan politeknik yang kelima ditubuhkan pada tahun 1988 dan ketika itu ianya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kini, PKS merupakan salah sebuah institusi pendidikan dibawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.
PKS menawarkan 13 program pengajian di peringkat Diploma dan 2 program pengajian di peringkat Pra Diploma. Tempoh program pengajian peringkat Diploma ialah selama 6 semester iaitu 3 tahun manakala Pra Diploma hanya 1 ke 2 semester.
Penawaran program ini bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang TVET di dalam negara seiring dengan keperluan revolusi industri 4.0. Selain itu, ianya juga selaras dengan visi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul.
Bidang Kejuruteraan
Bidang Teknologi Maklumat
Bidang Perdagangan
Kampus tetap PKS terletak di Lot 88 Matang Land District dengan keluasan kawasan tanah seluas 112 ekar dan jarak nya adalah 22 Kilometer dari pusat Bandaraya Kuching. Kedudukanya pula adalah di Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah dimana ianya memberikan satu persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar
Accessibility Toolbar