Berita Dan Aktiviti PKS

17 Apr 2020

MAKAN MINUM PELAJAR CUKUP TERSEDIA DAN DAPAT PERHATIAN DARIPADA PELBAGAI PIHAK TERMASUK PUSAT ISLAM PKS

13 APRIL 2020 – Sejak pihak kerajaan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memerangi penularan wabak COVID-19, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) komited memastikan kebajikan pelajarnya yang masih kekal tinggal di kampus terjaga terutamanya makan minum.

Selain pihak kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri yang menyalurkan peruntukan untuk penyediaan makan minum 3 kali sehari bagi kedua-dua fasa, pihak lain antaranya Pusat Islam dan staf Kariah Masjid al-Muhandisin Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang turut memberi sumbangan burger bagi menu tambahan kepada seramai 410 orang pelajar asrama yang terkandas dan kekal berada di kampus. Pusat Islam telah menyediakan hidangan gabi tersebut sebanyak 3 siri iaitu bermula pada 5, 9 dan 13 April 2020.

Pihak PKS turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak-pihak lain yang memberi sumbangan sebelum ini termasuk Persatuan Alumni Politeknik Kuching, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak, The Institution of Engineers Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak, Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Pengusaha-pengusaha Kantin dan Kafetaria PKS, PUSPANITA PKS, alumni PKS termasuk En. Narok Ukin, Pengarah Urusan U-Kin Engineering, orang perseorangan dan lain lagi

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Selasa, 14 April 2020

Accessibility Toolbar