Berita Dan Aktiviti PKS

14 Feb 2024

Sesi penyerahan tugas oleh Ustaz Mahathir bin Mohamad Kamin kepada Encik Esstree bin Ishak, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang baharu

09 FEBRUARI 2024|JUMAAT
Sesi penyerahan tugas oleh Ustaz Mahathir bin Mohamad Kamin kepada Encik Esstree bin Ishak, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang baharu telah diadakan di Pejabat Pengarah PKS. Sesi ini telah disaksikan oleh Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Pengarah PKS dan Puan Dayang Azizah binti Abg. Bolhassan, Pegawai Eksekutif Tertinggi, PKS.
Ustaz Mahathir bin Mohamad Kamin telah berkhidmat selama 21 tahun di PKS dan akan meneruskan khidmat bakti mendidik anak bangsa di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).
Turut diadakan sesi ‘Clock Out’ pada sebelah petang di hadapan Bangunan Pentadbiran. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada kumpulan KEWARIS PKS. Hadir sama adalah Jawatankuasa Pengurusan, warga staf dan pelajar PKS.
Seluruh warga PKS merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang berkhidmat di PKS.
Selamat bertugas di tempat baharu dan selamat maju jaya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar