Berita Dan Aktiviti PKS

23 Feb 2021

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA KOLEJ KOMUNITI KUCHING

KUCHING, Khamis (18 Februari 2021) – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Kolej Komuniti Kuching di sini hari ini.
Lawatan penanda aras tersebut telah disertai oleh 11 orang kakitangan Kolej Komuniti Kuching yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Puan Liew Foong Ching.
Semasa lawatan tersebut, taklimat kepada rombongan Kolej Komuniti Kuching telah disampaikan oleh Pengarah PKS, Puan Jamaliah Ahmad.
Antara yang dilawat oleh rombongan Kolej Komuniti Kuching ialah Unit Jaminan Kualiti, Unit Peperiksaan, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Pengajian Am Politeknik Kuching Sarawak.
Turut hadir sama ialah Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Kuching Puan Nurul Dafiqah Kamarulzaman serta ketua jabatan dan unit di Politeknik Kuching Sarawak.

Read More

Accessibility Toolbar