21
Sep
2021
Apakah syarat kelayakan permohonan kemasukan ke program pengajian diploma di Politeknik Kuching Sarawak?
Syarat kelayakan terperinci kemasukan diploma di PKS merujuk kepada syarat politeknik konvensional dan boleh dirujuk melalui menu Pengajian Sepenuh Masa di portal http://ambilan.mypolycc.edu.my
Berikut adalah ringkasan syarat diploma di PKS :
A. Semua Diploma Bidang Kejuruteraan bagi Lepasan SPM :
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain – lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Tambahan : Bagi Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan buta warna.
a. Mathematics
b. SATU (1) matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
c. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
B. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dan Diploma Akauntansi
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain – lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
a. Mathematics
b. DUA (2) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
C. Diploma Pengajian Perniagaan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Lulus Mathematics
- Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain – lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali