Berita Dan Aktiviti PKS

24 Aug 2023

Permohonan Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Bagi Sesi I 2023/2024

Permohonan adalah dibuat secara atas talian menerusi laman web PTPTN :

https://www.ptptn.gov.my/

Pelajar baharu dan pelajar senior Politeknik Kuching Sarawak (PKS) boleh mengemukakan permohonan pinjaman PTPTN seperti tarikh yang ditentukan mengikut kelompok (rujuk poster).

Kelompok 1 : 1 – 31 Ogos 2023
Kelompok 2 : 1 – 30 September 2023

Pelajar senior pun masih boleh memohon PTPTN dengan syarat baki tempoh pengajian tidak kurang 1 tahun.

Sekiranya terlepas untuk permohonan kelompok Ke-2 ini, pelajar boleh memohon pada kelompok sesi seterusnya (rujuk poster)

Sebelum memohon pastikan :

i. Pelajar mempunyai Akaun SSPN peribadi
ii. Pelajar mempunyai emel peribadi
iii. Pelajar mempunyai Akaun Bank Islam (BIMB) atas nama sendiri (Bank Islam adalah Panel Bank PKS untuk PTPTN)
iv. Surat tawaran Kemasukan ke Politeknik
v. Fahami Manual Permohonan Pinjaman :

https://www.ptptn.gov.my/wp-content/uploads/2022/09/manual_mhn_online_pin_online.pdf

Permohonan adalah dibuat secara atas talian menerusi laman web PTPTN https://www.ptptn.gov.my/ dan sekiranya ditawarkan PTPTN hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PKS nanti.

Pelajar amat digalakkan memiliki pinjaman PTPTN ini (bagi yang berkeperluan) jika tiada pembiayaan lain sebagai usaha membantu keluarga dan pelajar sendiri dalam meringankan kos sara hidup semasa sepanjang pengajian.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak.

Accessibility Toolbar