Berita Dan Aktiviti PKS

7 May 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 ‘𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓’ 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐒𝐀𝐌𝐒𝐔𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃. 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐇, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

07 MEI 2025 | RABU
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 ‘𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐋𝐎𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓’ 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐒𝐀𝐌𝐒𝐔𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃. 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐇, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
Hari ini menjadi detik bersejarah buat Politeknik Kuching Sarawak (PKS) apabila YBrs. Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Pengarah PKS, menamatkan perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam setelah 35 tahun menabur bakti.
Seawal pagi, beliau meluangkan masa bertemu warga kerja di setiap jabatan dan unit. Setiap langkah dan tutur kata beliau hari ini menjadi ingatan manis yang akan terus hidup dalam jiwa warga PKS.
Majlis diteruskan di sebelah petang dengan perasmian Rumah Budaya Kelab KEWARIS, diikuti sesi ‘final clock out’ yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Encik Mohd Nezuan bin Othman, barisan Jawatankuasa Pengurusan serta seluruh warga PKS.
Warga PKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan kepimpinan yang telah ditinggalkan. Semoga persaraan ini membawa ketenangan, kesihatan dan kebahagiaan bersama insan tersayang.
𝐾𝑎𝑝𝑎𝑙 𝑙𝑎𝑦𝑎𝑟 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖 𝑐𝑒𝑟𝑚𝑎𝑡,
𝐵𝑖𝑗𝑎𝑘 𝑛𝑎𝑘ℎ𝑜𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑤𝑎𝑛 𝑔𝑒𝑙𝑜𝑟𝑎,
35 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑠𝑒𝑡𝑖𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑘ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡,
𝑇𝑖𝑏𝑎 𝑑𝑒𝑡𝑖𝑘𝑛𝑦𝑎 𝑤𝑎𝑘𝑡𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑎𝑟𝑎.
𝑶𝒏𝒆 𝒍𝒂𝒔𝒕 𝒄𝒍𝒐𝒄𝒌 𝒐𝒖𝒕, 𝒃𝒖𝒕 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒊𝒏 𝒐𝒖𝒓 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕𝒔!❤️
📷 Mohamad Hadzli bin Othman

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar