Berita Dan Aktiviti PKS

28 Aug 2026

PROGRAM ILMIAH WANITA : ” SETENANG DAN SETEGUH KHADIJAH” BAGI MEMPERKASA KESEJAHTERAAN ISLAMI DAN INSTITUSI KELUARGA

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐€๐๐”

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dengan kerjasama Persatuan Suri dan Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) serta Pusat Islam PKS menganjurkan Program Ilmiah Wanita: Setenang dan Seteguh Khadijah bertempat di Dewan Kuliah 1, Politeknik Kuching Sarawak. Program yang menghimpunkan seramai 200 orang peserta terdiri daripada staf wanita dan pelajar Politeknik Kuching Sarawak ini bertujuan membangunkan daya tahan (resilience) wanita Islam di Sarawak serta memperkukuh keharmonian institusi keluarga.

Kemuncak majlis telah disempurnakan menerusi Majlis Penangguhan yang dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Tuan Haji Mual bin Haji Suaud bersama Ketua Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, JAIS, Ustaz Suharman bin Hj Edward, Pegawai Tadbir Agama Islam Bahagian, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching, Ustaz Haji Mohd Isselahuddin bin Hj Kameri.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Aidawati Binti Mustapha dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohd Saiful Fadli bin Maidin. Semoga kerjasama ini diteruskan lagi pada masa akan datang dan usaha ini adalah penting untuk membina ummah secara holistik.

Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)

#TVETForAll
#MalaysiaMadani
#gengpolycc
#mypdti
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#PoliteknikKolejKomuniti
#politeknikkuchingsarawak
#PKS