Berita Dan Aktiviti PKS

23 Oct 2026

KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (SABAH & SARAWAK) KE PKS

𝟐𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), YBrs. Dr. Ahmad Nazib bin Johari memimpin delegasi mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS), hari ini.
Delegasi telah disambut oleh Pengarah PKS, Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Timbalan Pengarah (Akademik)Ts. Aidawati Binti Mustapha, serta Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Encik Mohd Saiful Fadli bin Maidin.
Fokus utama pertemuan ini adalah untuk memastikan hasrat serta agenda pembangunan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Pertemuan ini diharap memantapkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam menyokong pembangunan modal insan di negeri Sarawak.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)

Accessibility Toolbar