23
Oct
2026
KUNJUNGAN HORMAT MARKAS PASUKAN SIMPANAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM) KE PKS BAGI MEMPERKASAKAN KOLABORASI STRATEGIK
𝟏𝟗 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Kolonel Ahmad Rashidi bin Ithnin, bersama delegasi, Kapten Norhikmahridayah binti Md Dahari, Lt Shelina Merlisa a/p Adman , dan Lt Muhammad Haiqal Hakimi bin Hairul Amir.
Delegasi telah disambut oleh Pengarah PKS, Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Timbalan Pengarah (Akademik)Ts. Aidawati Binti Mustapha, serta Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Encik Mohd Saiful Fadli bin Maidin.
Sesi ini bertujuan membincangkan ruang kolaborasi strategik demi memberi nilai tambah kepada pembangunan kemahiran, latihan serta laluan kemajuan kerjaya warga kampus.
Menerusi pertemuan ini juga, kedua-dua pihak berharap agar jalinan kerjasama yang dibentuk dapat memantapkan lagi hubungan dua hala agar tercapai agenda yang dirancang pada masa akan datang.







