Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan salah satu unit yang bernaung di bawah pengurusan Sokongan Akademik yang berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelajar, kakitangan PKS dan komuniti awam yang berkaitan dengan kumpulan sasar.
UPPsi turut berfungsi sebagai pemudah cara dalam aspek pembangunan dan kemahiran insaniah terhadap pelajar dan kakitangan. Perkhidmatan yang disediakan sejajar dengan fungsi psikologi yang semakin berkembang melalui peningkatan aktiviti jabatan serta pihak industri awam dan swasta. Perkhidmatan psikologi dan aktiviti perkembangan pelajar yang dilaksanakan adalah berfokus dan selaras dengan perkembangan individu, akademik dan kerjaya.
UPPsi menyediakan perkhidmatan psikologi yang merangkumi intervensi, pembangunan dan penilaian kepada pelajar-pelajar PKS bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan kendiri dalam kerjaya, menelusuri kecemerlangan diri pada masa kini dan akan datang serta kesejahteraan mental dalam perkembangan emosi, kognitif dan tingkah laku yang sejajar dengan kepesatan perkembangan generasi mendatang.
“Melahirkan Graduan TVET berkualiti dalam aspek psikologi”
“Menyediakan perkhidmatan pengurusan psikologi berdasarkan Aplikasi Psikologi dalam Pembangunan, Penilaian, Penyelidikan dan Intervensi.”
Dalam usaha untuk mencapai visi dan misi, UPPsi menerapkan nilai-nilai berikut:
Penyampaian perkhidmatan psikologi yang terbaik serta inklusif kepada pemegang taruh berkepentingan (pelajar & kakitangan) yang sejahtera dan cemerlang daripada segenap aspek tingkah laku, kognitif dan afektif.
Kakitangan atau pelajar yang sejahtera dan cemerlang aspek tingkah laku, kognitif dan afektif akan mewujudkan ekosistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang kondusif serta pentadbiran yang efektif dalam menjalankan peranan masing-masing.
Melaksanakan dan memberi perkhidmatan kaunseling/bimbingan/konsultasi psikologi kaunseling yang merangkumi pendekatan:
Pendekatan perkhidmatan pengurusan psikologi dapat dilaksanakan melalui pengaplikasian dalam psikologi yang ditawarkan di PKS seperti berikut:
Merancang, melaksanakan dan memantau program-program pembangunan bawah komponen psikologi:
Pentadbiran, pentaksiran dan penilaian ujian psikometrik kepada pelajar yang bertujuan asas untuk mengenal pasti pelajar dari aspek psikologi kognitif, afektif dan tingkah laku secara amnya:
Proses penyelidikan yang dijalankan oleh UPPsi bagi mendapatkan maklumat berhubung isu-isu psikologi dalam institusi yang melibatkan pelajar dan persekitaran pendidikan atau yang berkaitan dengan lumrah psikologi pelajar dan kakitangan.
Perkhidmatan membantu kepada individu atau kelompok sasar atau yang memerlukan:
(Sumber: Garis Panduan Perkhidmatan Pengurusan Psikologi Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi, 2023)
