Berita Dan Aktiviti PKS

11 Jun 2026

KUNJUNGAN HORMAT KE SPP PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK

8 JUN 2026 | ISNIN 
Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Encik Mohamad Nazri bin Ismail telah menyertai kunjungan hormat ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Urus Setia Cawangan Sarawak bersama delegasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah.
Delegasi tersebut turut disertai oleh YM Tengku Besaruddin Shah bin Tengku Yaakob, Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Encik Cheah Chee Fong, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Roszita binti Shamsuddin, Timbalan Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya serta para Pengarah PolyCC Zon Sarawak.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta mempererat kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pembangunan kompetensi, peningkatan kerjaya dan pengurusan sumber manusia pendidikan. Pertemuan tersebut turut menjadi platform bagi bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada warga Politeknik dan Kolej Komuniti.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)