10
Nov
2023
Malam Gemilang Kamsis 2023 (MAGIK)
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐌𝐒𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐌𝐀𝐆𝐈𝐊) dianjurkan oleh Unit Pengurusan Asrama dengan kerjasama Jabatan Sukan Ko-Kurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman (JPKK) telah diadakan pada 27 dan 28 Oktober 2023 bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak.
𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐌𝐒𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐌𝐀𝐆𝐈𝐊) merupakan penjenamaan semula bagi program HARI TERBUKA KAMSIS. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung antaranya adalah 𝑃𝑜𝑙𝑦𝑡𝑎𝑙𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-15, 𝑇ℎ𝑒 𝐵𝑒𝑠𝑡 𝑅𝑜𝑜𝑚 𝐴𝑤𝑎𝑟𝑑 𝑑𝑎𝑛 𝐾𝑖𝑛𝑔 𝑎𝑛𝑑 𝑄𝑢𝑒𝑒𝑛 𝑜𝑓 𝑡ℎ𝑒 𝑁𝑖𝑔ℎ𝑡.
𝑃𝑜𝑙𝑦𝑡𝑎𝑙𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-15 telah berlangsung pada 27 Oktober 2023 menyaksikan seramai 15 peserta bertanding bagi merebut Top 5 untuk bersaing pada Peringkat Akhir Polytalent pada 28 Oktober 2023.
Pada 28 Oktober 2023 merupakan malam kemuncak Malam Gemilang Kamsis sekaligus menjadikan malam penutupan bagi Malam Gemilang Kamsis 2023 serta 𝐹𝑖𝑛𝑎𝑙 𝑃𝑜𝑙𝑦𝑡𝑎𝑙𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-15. Selain itu, turut diadakan penyampaian penghargaan kepada pegawai yang terlibat dalam aktiviti asrama sepanjang tahun 2023.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam pelajar melalui pengisian program seperti 𝑃𝑜𝑙𝑦𝑡𝑎𝑙𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-15. Selain itu, program 𝑇ℎ𝑒 𝐵𝑒𝑠𝑡 𝑅𝑜𝑜𝑚 𝐴𝑤𝑎𝑟𝑑 yang merupakan aktiviti wajib dilaksanakan setiap tahun adalah untuk memupuk semangat cinta akan ruang kediaman diri sendiri dalam kalangan pelajar asrama.
Turut hadir sama adalah Encik Mahathir bin Mohamad Kamin (KJHEP), Encik Mohd Hazry Bin Ismail (KJJSKK), Puan Susan Anak Belayong (Penolong Pengurus Asrama), Cik Jenniecia Irdrinnie Anak Allay (Pegawai HEP), Puan Bibie Anak Neo dan warden Politeknik Kuching Sarawak.
𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒖𝒄𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒐𝒍𝒚𝒕𝒂𝒍𝒆𝒏𝒕 𝒌𝒆-𝟭𝟱 𝒅𝒂𝒏 𝑻𝒉𝒆 𝑩𝒆𝒔𝒕 𝑹𝒐𝒐𝒎 𝑨𝒘𝒂𝒓𝒅 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 𝟮𝟬𝟮𝟯!
Sumber : Unit Pengurusan Asrama
Foto : Mohamad Hadzli bin Othman














