18
Sep
2026
Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Ke Politeknik Kuching Sarawak
𝟏𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) hari ini menerima Lawatan Kerja rasmi daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim. Ketibaan delegasi KPT yang disambut oleh Pengarah PKS, Encik Mohamad Nazri bin Ismail, turut disertai oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan (Seksyen Pembangunan – Unit Politeknik dan Kolej Komuniti), Puan Noraini binti Ahmad dan Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi (Unit Infrastruktur & Fasiliti), Encik Amirrudin bin Samsudin.
Sesi lawatan kerja bermula dengan Sesi Libat Urus Bersama KSU KPT yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PKS. Libat urus tersebut diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan hala tuju perancangan program, institusi serta fasiliti.
Sesi lawatan diteruskan ke kawasan bangunan asrama pelajar dan Dewan Jubli Perak, PKS memberi ruang kepada pihak pengurusan KPT untuk meninjau secara dekat prasarana serta pembangunan persekitaran kampus PKS. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengarah-pengarah serta Timbalan-timbalan Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak, di samping Ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan Politeknik Kuching Sarawak.













