Berita Dan Aktiviti PKS

11 Jun 2026

SESI TAKLIMAT LAPOR DIRI LANTIKAN BAHARU PPPT BIL. 2 TAHUN 2026

8 JUN 2026 | ISNIN
Sesi Taklimat Lapor Diri Lantikan Baharu Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Bil. 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada 8 Jun 2026 di Politeknik Kuching Sarawak.
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pegawai lantikan baharu berkaitan peranan dan tanggungjawab sebagai warga pendidik serta penjawat awam dalam Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Program turut diserikan dengan amanat Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah yang menzahirkan ucapan tahniah kepada semua PPPT lantikan baharu atas pelantikan mereka sebagai warga pendidik.
Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa profesion pensyarah merupakan satu amanah yang mulia dan memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa hadapan. Sehubungan itu, beliau menyeru semua PPPT lantikan baharu agar melaksanakan tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan profesionalisme dalam mendidik serta membimbing para pelajar.
Diharapkan sesi ini dapat menjadi asas yang kukuh kepada PPPT lantikan baharu dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan cemerlang.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)