19
Nov
2026
LAWATAN PENANDAARASAN JKM PKS KE UNIMAS
𝟏𝟗 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒
Satu sesi Lawatan Penandaarasan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS telah berlangsung dengan jayanya.
Lawatan ini bertujuan untuk menanda aras amalan terbaik, bertukar-tukar kepakaran, serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi pendidikan dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Lawatan tersebut merangkumi sesi taklimat dan perbincangan dua hala yang memfokuskan kepada aspek pengurusan, hala tuju akademik, dan peluang kerjasama strategik. Selain itu, delegasi PKS turut dibawa meninjau fasiliti makmal kejuruteraan dan peralatan pengujian bagi meneliti secara dekat pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) serta pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA) yang diamalkan di fakulti berkenaan.
Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata sebagai simbolik penghargaan daripada delegasi PKS kepada pihak UNIMAS. Kerjasama strategik ini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pemerkasaan pendidikan tinggi serta memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Sumber: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM)


