26
Oct
2026
PELAJAR PKS RAIH EMPAT KEMENANGAN DALAM YOUTH BIZ EXPLORER & PROMO-VID CHALLENGE 2026
PELAJAR PKS RAIH EMPAT KEMENANGAN DALAM YOUTH BIZ EXPLORER & PROMO-VID CHALLENGE 2026
Empat pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan Youth Biz Explorer & Promo-Vid Challenge 2026.
Berikut merupakan pencapaian pelajar PKS:
Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berserta senaskhah buku Sarawak Folktales masing-masing.
Program ini dianjurkan oleh Sarawak Manufacturers’ Association (SMA) dengan sokongan MINTRED Sarawak, Padawan Municipal Council, Business Events Sarawak dan SOCOE. Pertandingan ini merupakan kesinambungan daripada program Sarawak Trade Fair yang berlangsung pada 2–4 Oktober 2026, sebagai platform untuk pelajar mengembangkan kreativiti, kemahiran promosi digital serta pengetahuan keusahawanan.
Penghargaan diucapkan kepada penyelia yang terlibat dalam membimbing dan menyokong penyertaan pelajar, iaitu Ketua Unit Keusahawanan, Puan Azrina binti Madihi, serta pegawai kolaborasi PKS, Sr Lee Kong Fah dan Puan Hamidah binti Muhammad Yunus.
Tahniah kepada semua pemenang dan penyelia atas kejayaan yang mengharumkan nama PKS. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk menyerlah dalam bidang keusahawanan.
Sumber: Unit Keusahawanan



