22
Nov
2026
PKS SAMBUT 384 PELAJAR BAHARU BAGI SESI II : 2026/2027
𝟐𝟐 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐀𝐇𝐀𝐃
Seramai 384 pelajar baharu telah berjaya mendaftarkan diri di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bagi Sesi II : 2026/2027 yang berlangsung hari ini.
Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Encik Mohamad Nazri bin Ismail bersama Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Encik Mohd Saiful Fadli bin Maidin yang diiringi oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Shahidan bin Shafie telah meninjau proses pendaftaran di Dewan Jubli Perak bagi memastikan urusan berjalan lancar dan kebajikan pelajar terjaga.
Seterusnya, tinjauan ke kolej kediaman oleh Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) bersama Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang diiringi oleh Ketua Unit Pengurusan Kolej Kediaman, Ts. Muhammad Faez bin Abd Rahman, bagi menyantuni kedatangan pelajar baharu serta waris di samping meninjau fasiliti penginapan yang disediakan.
Urusan pendaftaran dan kemasukan ke kolej kediaman berjalan lancar dengan bantuan warga kerja PKS dan barisan jawatankuasa yang bertugas. Terima kasih kepada semua petugas atas kerjasama yang diberikan serta kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan dalam menyambut permulaan pengajian para pelajar.
Kepada pelajar baharu, manfaatkan peluang sepanjang pengajian untuk menimba ilmu, mengasah kemahiran dan membina keyakinan diri. Semoga langkah pertama ini menjadi permulaan kepada perjalanan pengajian yang bermakna dan membanggakan.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)










