18
Nov
2026
BENGKEL SYNC 2.0 PERKUKUH HALA TUJU STRATEGIK PKS
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐
Bengkel Strategic Yearly Navigation & Coordination (SYNC) 2.0 bagi Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berjaya dilaksanakan selama dua hari bermula 17 hingga 18 November 2026 bertempat di Union Retreat, Lundu, Sarawak.
Berteraskan moto “Bersama Melangkah, Memacu Kecemerlangan”, bengkel ini menghimpunkan barisan peneraju utama bagi menyelaraskan perancangan tahunan di samping memperkukuh kesepaduan kerja berpasukan. Program dua hari ini memberi tumpuan kepada penyelarasan lapan teras utama institusi, antaranya usaha memperkasakan program TVET bernilai tinggi, meningkatkan kecekapan tadbir urus, membudayakan penyelidikan dan inovasi (RDICE) bertanggungjawab serta menyediakan ekosistem lestari.
Selain itu, bengkel berkenaan turut menggariskan pelan tindakan bagi memperkukuh kolaborasi pintar, memantapkan bakat berprestasi tinggi, membangunkan pembelajar holistik dan memperhebat kecekapan komunikasi. Pengisian program turut diselitkan dengan aktiviti team building dan sesi interaksi santai Unwind & Unite bagi mengeratkan kerjasama dalam kalangan peserta.
Penganjuran Bengkel SYNC 2.0 ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berimpak tinggi bagi merealisasikan kecemerlangan institusi secara menyeluruh.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)











