Berita Dan Aktiviti PKS

22 May 2026

Lawatan Khidmat Nasihat Dan Perundingan PNM Ke Perpustakaan Seri Kenyalang, PKS

๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah mengadakan lawatan khidmat nasihat dan perundingan ke Perpustakaan Seri Kenyalang, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) hari ini bagi meninjau aspek pengurusan serta penyampaian perkhidmatan perpustakaan.
Lawatan tersebut diketuai oleh Encik Razman Abd Rani, Timbalan Pengarah Kanan Pusat Rujukan Malaysia dan Luar Negara bersama dua pegawai kanan dan disambut oleh Pengarah PKS, Encik Mohamad Nazri bin Ismail.
Sesi lawatan ini memberi fokus kepada perkongsian pandangan serta khidmat nasihat berkaitan pengurusan perpustakaan yang lebih efisien dan mesra pengguna, selaras dengan perkembangan keperluan semasa.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada pertukaran idea dan pengalaman antara kedua-dua pihak dalam usaha mempertingkat kualiti perkhidmatan perpustakaan serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi.
#TVETForAll
#MalaysiaMadani
#gengpolycc
#mypdti
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#PoliteknikKolejKomuniti
#politeknikkuchingsarawak