Berita Dan Aktiviti PKS

22 May 2026

Lawatan Penanda Aras i-CATS University COllege Ke PKS Perkukuh Kerjasama TVET

21 MEI 2026 | KHAMIS
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) hari ini menerima lawatan penanda aras daripada Centre for Foundation and Preparatory Studies (CENFES), i-CATS University College bagi memperkukuh jaringan kerjasama serta berkongsi amalan terbaik dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Rombongan tersebut diketuai oleh Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Tracy anak Dickie selaku Pengarah CENFES bersama empat pegawai dan disambut oleh Pengarah PKS, Encik Mohamad Nazri bin Ismail. Lawatan berkenaan memberi pendedahan berkaitan pembangunan kurikulum, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan program TVET yang dilaksanakan di PKS.
Selain menjadi platform pertukaran pandangan dan pengalaman antara kedua-dua institusi, lawatan tersebut turut memperkukuh hubungan kerjasama strategik dalam usaha memperkasa pendidikan TVET yang lebih berkualiti, relevan dan selari dengan keperluan semasa.
#TVETForAll
#MalaysiaMadani
#gengpolycc
#mypdti
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#PoliteknikKolejKomuniti
#politeknikkuchingsarawak