24
Nov
2026
JKR SARAWAK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE PKS SEMPENA HPTN 2026
𝟐𝟑 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan Program Bicara Teknikal bersempena sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026.
Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Projek Khas), Ibu Pejabat JKR Sarawak, Ir. QPr. Chin Hon Sin bersama Jurutera Eksekutif Kanan, Gerald Ng Weng Chun dan Jurutera Eksekutif, Cik Jessica telah disambut oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Encik Mohamad Nazri bin Ismail bersama Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik),
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menghebahkan serta menjemput warga akademik dan para pelajar Politeknik Kuching Sarawak agar turut serta menyertai Program Bicara Teknikal tersebut sempena sambutan HPTN 2026 pada tahun ini yang membawa tema “Profesion Teknikal Pemacu Kelestarian”.
Acara berskala besar selama dua hari ini dijadualkan berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada 1 hingga 2 Disember 2026.
Penganjuran HPTN 2026 bertujuan untuk mengiktiraf peranan profesion teknikal di Malaysia, di samping menjadi platform penting bagi menyuarakan pandangan serta idea yang bernas. Ia juga membuka ruang penglibatan bersama orang awam dalam usaha memartabatkan lagi profesion teknikal di negara ini.



