Berita Dan Aktiviti PKS

12 Aug 2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐒𝐑𝐀𝐓 (𝐋𝐎𝐈) 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐈𝐆 𝐕𝐄𝐍𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒
Kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri merupakan antara elemen penting dalam memastikan pendidikan kekal relevan dengan perkembangan teknologi serta keperluan semasa.
Seiring dengan usaha tersebut, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan Gig Venture Sdn. Bhd. telah memeterai Surat Hasrat (LOI) pada 30 Julai 2026 yang lalu sebagai langkah awal ke arah kerjasama yang lebih strategik.
Melalui kolaborasi ini, ruang perkongsian kepakaran, pemindahan pengetahuan dan penerokaan teknologi dapat diperluaskan, khususnya dalam bidang pendidikan, inovasi serta transformasi digital.
Semoga jalinan ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai inisiatif bersama yang mampu menghubungkan kepakaran akademik dengan pengalaman industri, seterusnya memberi nilai tambah kepada pelajar, pensyarah serta kedua-dua organisasi.

Sumber: Jawatankuasa e-Pembelajaran

#TVETForAll
#MalaysiaMadani
#gengpolycc
#mypdti
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#PoliteknikKolejKomuniti
#politeknikkuchingsarawak