29
Nov
2022
“LANDIQ ENGKERABAI” PRODUK TEKNOLOGI MAKLUMAT JUARA FESTIVAL PROJEK PELAJAR SESI I 2022/2023 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Festival Projek Pelajar Sesi I 2022/2023 Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 November 2022 di Dataran Jubli Perak dan Dewan Jubli Perak, PKS. Daripada 224 projek teknikal dan 47 kertas penyelidikan yang telah dihasilkan hanya 60 projek pelajar terpilih dalam saingan peringkat jabatan ke Festival Projek Pelajar yang dinilai oleh juri-juri industri. Festival ini telah menyaksikan pelajar semester 5 pelbagai program diploma mempamer hasil idea, inovasi dan kreativiti produk projek dan kajian berdasarkan gabungan ilmu dan kemahiran sepanjang 5 semester pengajian di kampus sebelum layak mengikuti Latihan Industri pada semester akhir (semester 6).
Projek yang diberi nama ๐๐๐ง๐๐ข๐ช ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ซ๐๐๐๐ข dihasilkan oleh pelajar semester 5, ๐๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ (๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ข๐ ๐ข๐ญ๐๐ฅ) telah diumum sebagai ๐๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐๐ญ๐๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐๐๐ค๐ง๐ข๐ค๐๐ฅ pada festival kali ini. Landiq Engkerabai merupakan sistem yang dibangunkan berasaskan Internet of Things (IoT) yang menggabungkan fungsi pelbagai sensor untuk mendapatkan beberapa bacaan parameter mengenai tanaman hidroponik. Maklumat akan diekstrak dan dipaparkan pada aplikasi laman web yang telah dibangunkan bersama sistem ini. Selain daripada itu, sistem ini juga dilengkapkan dengan fungsi penuaian air hujan sebagai sumber air utama untuk tanaman. Tahniah dan syabas kepada pelajar ๐๐จ๐ฆ๐ข๐ง๐ข๐ ๐๐๐ญ๐ก๐๐ฐ ๐๐ง๐๐ค ๐๐๐ฏ๐ข๐, ๐๐ข๐๐ฌ๐จ๐ง ๐๐ง๐๐ค ๐๐จ๐๐๐ซ๐ ๐๐๐, ๐๐๐ฎ๐ฅ๐๐จ๐ซ๐ง๐ ๐๐ฌ๐๐๐๐ฅ ๐๐ง๐๐ค ๐๐ข๐ง๐ญ๐๐ง๐ dan Pensyarah Penyelia ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ง๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐๐ฐ๐๐ฐ๐ข.
๐๐๐๐๐, projek ๐๐ข๐ซ ๐
๐ข๐ฅ๐ญ๐๐ซ ๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐จ๐ฐ๐๐ซ (๐๐
๐๐๐๐๐) daripada pelajar ๐๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ง๐ข๐ค๐๐ฅ (๐๐๐ฆ๐๐ฎ๐๐ญ๐๐ง) yang dianggotai oleh ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐ฌ๐ก๐ซ๐๐ ๐๐ข๐ง ๐๐๐ค๐๐ฐ๐ข, ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ง๐๐ ๐๐ข๐๐ฐ ๐๐ก๐จ๐จ๐ง ๐๐ฎ๐ง๐ , ๐๐ฒ๐ฅ๐๐ง ๐๐ง๐ฒ๐ข๐ ๐๐๐ฏ๐ข๐, ๐๐ซ๐ฅ๐ฒ๐ฏ๐ข๐ ๐๐ซ๐๐ง๐ dan pensyarah penyelia, ๐๐ง๐๐ข๐ค ๐๐๐ข๐๐ฎ๐ฅ ๐๐ซ๐ฐ๐๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฐ๐ข. ๐๐๐๐๐๐, projek ๐๐๐ฏ๐๐ฅ๐จ๐ฉ๐ฆ๐๐ง๐ญ ๐จ๐ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ ๐๐๐ ๐๐ข๐ซ๐ญ๐ฎ๐๐ฅ ๐๐จ๐ฎ๐ซ ๐
๐จ๐ซ ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐ฎ๐๐ก๐ข๐ง๐ ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค yang dianggotai oleh ๐๐ซ. ๐๐ข๐จ๐ง๐ ๐๐ฎ๐ ๐๐๐ง๐ sebagai pensyarah penyelia dan pelajar ๐๐ข๐ฉ๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐๐๐จ๐ฆ๐๐ญ๐ข๐ค iaitu ๐๐ณ๐ณ๐๐๐๐ฅ ๐๐จ๐ง๐ซ๐๐, ๐๐๐ฑ๐ข๐ฆ๐ข๐ฅ๐ฅ๐ข๐๐ง ๐๐๐ญ๐ญ๐๐ซ dan ๐๐จ๐ฎ๐๐ก๐ข๐ฒ๐๐ฌ๐ฌ๐ข ๐๐ง๐๐ค ๐๐ข๐ค๐.
Pengarah PKS, Tn. Hikmatullah Hajid Ahmad Khan telah menyempurnakan majlis dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang utama dan dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa melalui fungsi dan peranan Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan di bawah Dr. Muhd Nazmi bin Ismail akan terus bekerja bagi memastikan dan memilih antara projek yang dipertandingkan saban tahun ini mempunyai nilai untuk dikormersialkan atau yang boleh dikongsikan bagi membantu komuniti atau industry dalam bidang-bidang yang berkaitan. Dalam tempoh 6 bulan, ketiga-tiga projek terbaik ini akan dipamerkan di ruang perpustakaan Seri Kenyalang PKS dan potensinya akan dikembangkan terus ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mewakili PKS. Yang penting juga, produk tersebut hendaklah didaftar Hak Cipta di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah pemunya Politeknik Kuching Sarawak atas nama pencipta masing-masing, tambah belaiu.
Turut hadir Encik Mohd Rizal bin Abdul Raman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Festival Projek Pelajar Sesi 1 2022/2023 dan Puan Muliyani binti Abdullah sebagai Pengarah Program.
Untuk maklumat lanjut sila layari facbook Politeknik Kuching Sarawak
