Berita Dan Aktiviti PKS

14 Oct 2026

KUNJUNGAN HORMAT KEMENTERIAN DIGITAL WILAYAH SARAWAK KE PKS BAGI MEMPERKASAKAN PROGRAM AI UNTUK RAKYAT

𝟏𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Digital Wilayah Sarawak dan telah disambut oleh Ts. Aidawati Binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik) bersama Encik Mohd Saiful Fadli bin Maidin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik). Sesi ini bertujuan membincangkan ruang kerjasama strategik dalam memperluas hebahan serta penyertaan pelajar dan staf yang berumur 18 hingga 30 tahun dalam Program AI untuk Rakyat.
Kunjungan hormat ini yang diketuai oleh Encik Norman Peter, Pengarah Wilayah Pejabat Kementerian Digital Wilayah Sarawak telah menerangkan bahawa program yang dilaksanakan menerusi Portal Rakyat Digital. Program ini memberi peluang kepada para peserta meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang kecerdasan buatan (AI) menerusi enam (6) modul pembelajaran yang disediakan. Peserta yang berjaya melengkapkan modul tersebut turut berpeluang mendapat akses secara percuma ke aplikasi AI terpilih selama tiga (3) bulan.
Menerusi pertemuan ini, kedua-dua pihak berharap agar kerjasama yang terjalin dapat memperkasakan warga kampus dan golongan belia dengan kemahiran teknologi digital terkini.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)

Accessibility Toolbar