17
Jul
2026
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK MENJALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA INTERMANPOWER.COM.SDN.BHD
๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan sektor industri menerusi pelaksanaan Program Jalinan Strategik Industri-Akademia PKSโINTER hasil kolaborasi bersama InterManpower.Com Sdn. Bhd.
Sebagai simbolik kepada kerjasama yang terjalin, Puan Hamidah binti Mohammad Yunus, mewakili Pengarah Politeknik Kuching Sarawak bersama Encik Michael Heah Chief Executive Officer InterManpower.Com Sdn. Bhd., telah mengadakan sesi pertukaran Surat Hasrat (Letter of Intent – LoI) sebagai langkah memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kedua-dua organisasi.
Program ini bertujuan memperluaskan pendedahan pensyarah terhadap perkembangan teknologi serta keperluan semasa industri, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta bidang berkaitan. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pembinaan jaringan profesional dan pembangunan kompetensi selaras dengan kehendak industri.
Antara pengisian program yang dirancang termasuk lawatan industri, sesi perkongsian ilmu bersama pakar industri serta interaksi bersama alumni PKS yang kini berkhidmat dalam pelbagai sektor. Menerusi aktiviti tersebut, warga akademik berpeluang memperoleh pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai persekitaran pekerjaan, perkembangan teknologi serta kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi keperluan industri semasa.
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen PKS dalam memperkasakan pendidikan TVET yang relevan, berkualiti dan responsif terhadap keperluan industri, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh ekosistem kerjasama antara institusi pendidikan dan sektor industri.
Sumber: CISEC, PKS


