Berita Dan Aktiviti PKS

17 Jul 2026

KUNJUNGAN HORMAT CENTEXS & GAMUDA TECHNOLOGIES

15 JULAI 2026 | RABU
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan modal insan, peningkatan kompetensi tenaga kerja serta pendidikan berasaskan industri.
Sesi perbincangan ini turut melibatkan wakil Gamuda Technologies, yang berkongsi pandangan mengenai perkembangan teknologi semasa terutamanya dalam bidang pembinaan bangunan & AI serta peluang kolaborasi antara institusi pendidikan dan industri dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten dan memenuhi keperluan pasaran kerja.
Kehadiran delegasi telah disambut oleh Ts. Aidawati binti Mustapa, Timbalan Pengarah (Akademik). Turut hadir bersama sesi ini adalah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Unit Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC) dan Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI).
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat antara PKS, CENTEXS dan Gamuda Technologies dalam memperkasa ekosistem TVET serta menyokong pembangunan bakat berkemahiran tinggi di Sarawak.
Terima kasih kepada pihak CENTEXS dan Gamuda Technologies atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Kuching Sarawak.