10
Jul
2026
PKS PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA RAKAN INDUSTRI
9 JULAI 2026 | KHAMIS
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menganjurkan Wacana Strategik TVET Collaboration Hub (TCH) Geomatik dan Majlis Apresiasi Rakan Industri CT GEO di Grand Margherita Hotel, Kuching pada 7 Julai 2026 sebagai usaha memperkukuh kolaborasi strategik antara institusi TVET, industri, agensi kerajaan dan badan profesional.
Program ini menghimpunkan wakil Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS), Land Surveyors Board Sarawak (LSBS), Juruukur Perkasa dan Flyzone Enterprise bagi berkongsi kepakaran serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan kurikulum, latihan industri, penyelidikan gunaan dan pemindahan teknologi dalam bidang geomatik.
Majlis turut menyaksikan peluncuran Video CT GEO, penyampaian Sijil Penghargaan kepada rakan-rakan industri serta penyerahan sumbangan RM5,000 daripada Land Surveyors Board Sarawak (LSBS) bagi penganjuran International Sarawak Bridge & Mapping Challenge 2026 (iSBMC’26). LSBS turut menyalurkan Geran Pengajian 2026 berjumlah RM37,500 kepada PKS.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen PKS dalam memperkukuh kerjasama bersama rakan strategik ke arah melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri, selaras dengan aspirasi memperkasa ekosistem TVET negara.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)








