11
Feb
2026
PENCAPAIAN GEMILANG POLITEKNIK KUCHING SARAWAK TAHUN 2025
Sepanjang tahun 2025, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mempamerkan prestasi institusi yang cemerlang, konsisten dan berimpak tinggi merangkumi tadbir urus, akademik, pemerkasaan bakat, kolaborasi industri serta kecemerlangan penyelidikan dan inovasi. Kejayaan pelaksanaan KPI institusi secara berfokus dan berintegriti telah menghasilkan skor kualiti data POLYCC yang tinggi, sekali gus memperkukuh kredibiliti pengurusan maklumat dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Pencapaian pelajar dan warga kerja PKS yang meraih pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa membuktikan keupayaan institusi dalam membangunkan ekosistem TVET yang progresif, relevan dan sejajar dengan keperluan industri masa hadapan.
Kemuncak kepada kecemerlangan ini ialah kejayaan Politeknik Kuching Sarawak memenangi Anugerah Emas Kategori Agensi Persekutuan dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2025 (AKPANS), yang menjadi pengiktirafan tertinggi terhadap keunggulan sistem pengurusan, budaya kerja berprestasi tinggi serta penyampaian perkhidmatan berteraskan kualiti dan inovasi. Disokong oleh jaringan strategik bersama industri, pembudayaan penyelidikan dan inovasi serta kepimpinan yang berwawasan, kejayaan ini mengukuhkan kedudukan PKS sebagai institusi TVET yang diyakini, berdaya saing dan berkeupayaan tinggi dalam menyokong agenda pembangunan modal insan negeri dan negara.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Kuching Sarawak atas pencapaian ini. Semoga usaha ini diteruskan dan PKS terus cemerlang & gemilang.
Sumber: Unit Jaminan Kualiti, PKS







