Berita Dan Aktiviti PKS

5 Feb 2026

PENGAUDITAN TERHADAP AKAUN DEPOSIT BAGI TAHUN 2025 OLEH JABATAN AUDIT NEGARA NEGERI SARAWAK

Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak yang diwakili oleh Cik Low Tze Fong serta Encik Collin Mcmller Lojinon bagi tujuan Pengauditan Terhadap Akaun Deposit Bagi Tahun 2025 pada 28 hingga 30 Januari 2026.

Pengauditan terhadap akaun deposit ini bertujuan memastikan rekod kewangan adalah tepat, mematuhi peraturan, serta wang deposit diuruskan dan digunakan dengan betul. Audit ini juga membantu mencegah penyelewangan, menilai keberkesanan kawalan dalaman dan meningkatkan ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan kewangan institusi.

Kunjungan mereka disambut oleh Ts. Aidawati binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik) dan Encik Mohd Nezuan bin Othman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).

Sumber: Unit Khidmat Pengurusan

#TVETForAll
#MalaysiaMadani
#gengpolycc
#mypdti
#TVETPilihanUtamaKerjaya
#PoliteknikKolejKomuniti
#politeknikkuchingsarawak