16
Jan
2026
SESI TEMU BUAL AKPANS 2025
15 JANUARI 2026 | KHAMIS
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan pihak Rakan Sarawak bagi sesi temu bual sempena kejayaan PKS meraih Anugerah Emas dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 bagi Kategori Jabatan/Agensi Persekutuan.
Sesi temu bual ini memberi tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan oleh PKS, khususnya dalam aspek pengurusan dan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti selaras dengan aspirasi AKPANS.
Temu bual telah diadakan bersama Encik Mohamad Nazri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak. Turut hadir ialah Ts. Aidawati binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik) dan Encik Mohd Nezuan bin Othman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).
Artikel hasil temu bual ini akan diterbitkan dalam Majalah Rakan Sarawak bagi keluaran akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Rakan Sarawak atas kesudian hadir serta menjalankan sesi temu bual di PKS. Semoga perkongsian ini dapat menjadi rujukan dan inspirasi kepada agensi lain dalam usaha memperkukuh kualiti perkhidmatan awam.



