Berita Dan Aktiviti PKS

29 Oct 2025

Taklimat Inisiatif Pendidikan Premier Sarawak

PETRAJAYA: Program Taklimat Inisiatif Pendidikan Premier Sarawak yang berlangsung di Dewan Sri Bunga, Politeknik Kuching, hari ini menjadi platform penting untuk menjelaskan pelbagai bantuan dan peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak kepada para pelajar institusi pengajian tinggi.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman dalam ucapannya menegaskan bahawa komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh pembangunan modal insan terbukti melalui pelbagai inisiatif pendidikan yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, antara inisiatif utama yang dilaksanakan termasuk Skim Bantuan Sewa Kediaman Pelajar (SRAS), Bantuan Khas Kerajaan (BKK), Baucar Buku, Program Laptop Percuma, serta Skim Pendidikan Percuma bagi pelajar di institusi milik kerajaan negeri seperti Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University Malaysia, University of Technology Sarawak (UTS), ICATS University College dan CENTEXS.

Berita penuh sila klik pautan di bawah:

Accessibility Toolbar