6
Oct
2026
POLIKU Research And Innovation Exhibition (PRIEx) Sesi 1 2026/2027
Jabatan Perdagangan, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menganjurkan pameran POLIKU Research and Innovation Exhibition (PRIEx) Sesi I 2026/2027 bertempat di Dewan Jubli Perak, PKS pada 6 Oktober.
Program yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi mempamerkan pelbagai idea serta hasil penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi daripada warga kampus.
Majlis penutupan rasmi pada sebelah petang diserikan dengan ketibaan para pelajar, pensyarah, Ketua Program, panel penilai serta barisan Pengurusan Tertinggi Politeknik Kuching Sarawak.
Dalam majlis tersebut, turut dissampaikan Sijil Penghargaan kepada para panel penilai dan hadiah bagi kategori-kategori yang dipertandingkan dalam PRIEx Sesi I 2026/2027. Majlis ini turut menyaksikan acara simbolik Penyerahan Tugas Tanggungjawab bagi penganjuran PRIEx Sesi II 2026/2027.
Penganjuran program ini membuktikan komitmen berterusan PKS dalam memupuk budaya penyelidikan dan inovasi di peringkat pengajian tinggi.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)



















