Berita Dan Aktiviti PKS

14 Sep 2026

Majlis Konvokesyen Politeknik Dan Kolej Komuniti Zon Sarawak Tahun 2026

12 September 2026  | Majlis Konvokesyen Politeknik Dan Kolej Komuniti 2026 telah dimulakan hari ini dengan perasmian sidang pertama oleh YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Seramai 486 graduan telah menerima sijil dan diploma mengikut program pengajian dengan pecahan Politeknik Kuching Sarawak ,244 graduan, Politeknik METRO Betong Sarawak, 39 graduan, Politeknik Mukah, 108 graduan, Kolej Komuniti Kuching 84 graduan dan Kolej Komuniti Miri, 11 graduan.
Acara kemuncak ialah penyampaian Anugerah Ketua Pengarah kepada penerima Angeline Tan, graduan Diploma AkauntasiSesi II: 2024/2025, Politeknik Kuching Sarawak dan Fatimah Umi Kalsom binti Mohd Ishak, graduan Sijil Teknologi Senibina Sesi II: 2024/2025, Kolej Komuniti Kuching.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan. Semoga kejayaan hari ini menjadi langkah awal menuju masa depan yang lebih gemilang.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)