𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋, 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆
𝟏𝟕 𝐎𝐆𝐎𝐒 | 𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Sosial, Bahagian Kemajuan Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam, Puan Erma Suryani binti Ja’afar dan Ketua Unit Nikah Kemajuan Keluarga Islam, Ustaz Ruddy Jonen dari Pejabat Agama Islam Bahagian bersama rombongan.
Rombongan ini telah disambut oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Aidawati Binti Mustapha dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohd Saiful Fadhli bin Maidin bertujuan untuk membincangkan Program Ilmiah Wanita: Seteguh dan Setenang Khadijah yang dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos ini di PKS. Rombongan kemudian dibawa meninjau kawasan lokasi program yang akan dilangsungkan kelak.
Diharap kolaborasi ini memberi impak kepada peserta yang terlibat dan jalinan strategik ini dapat diteruskan ke program-program pada masa akan datang.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)



