Berita Dan Aktiviti PKS

19 Jun 2026

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK RAIH KEJAYAAN CEMERLANG DI 8th MALPRAC 2026

16 JUN 2026 | SELASA
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menyertai 8th Malaysian Polytechnic RELASIS Annual Camp (MalPRAC) 2026 yang berlangsung di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan pada 9 hingga 14 Jun 2026.
Kontinjen PKS yang terdiri daripada 11 orang pelajar telah diiringi oleh En. Saiful Irwan Sarkawi bersama pengurus pasukan, En. Chew Yueh Seng dan Cik Sujanuriah binti Shahidi.
Dalam program tersebut, PKS berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan apabila merangkul Johan Kategori Pelatih Latihan Asas Menembak RELA (Kepimpinan), Johan Khidmat Bakti MADANI, Naib Johan Kembara Pandu Arah serta tersenarai dalam Top 10 Pertandingan Menembak Pump Gun.
Majlis penutupan turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Encik Mohamad Nazri bin Ismail. Beliau turut menyaksikan peluncuran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
8th MalPRAC 2026 merupakan program perkhemahan tahunan berskala besar yang menghimpunkan pelajar serta anggota pasukan keselamatan Sukarelawan Siswa/Siswi (RELASIS) dari seluruh rangkaian politeknik di Malaysia. Program ini bertujuan memperkasa kemahiran insaniah, memupuk semangat kesukarelawanan, membentuk disiplin diri serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa TVET.
Sumber: En. Saiful Irwan bin Sarkawi