Berita Dan Aktiviti PKS

8 May 2026

SESI LIBAT URUS ‘WAY FORWARD’ PEMBANGUNAN POLYCC ZON SARAWAK

𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓
Sesi Libat Urus ‘Way Forward’ Pembangunan POLYCC Zon Sarawak yang berlangsung pada 7 Mei 2026 telah diadakan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dengan penglibatan pengarah-pengarah POLYCC Zon Sarawak serta pegawai-pegawai kanan berkaitan.
Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ulaimi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Turut hadir YBrs. Encik A. Azman bin Arshad, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi bersama pegawai-pegawai kanan Unit Perancangan Projek.
Perbincangan memberi tumpuan kepada pembentangan perkembangan semasa institusi serta penyelarasan keutamaan perancangan pembangunan bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun, berfokus dan berimpak.
Sesi libat urus ini berperanan sebagai platform strategik dalam memperkukuh penyelarasan antara institusi serta memperkemas hala tuju pembangunan POLYCC Zon Sarawak secara menyeluruh dan bersepadu.
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman (UIDM)