Berita Dan Aktiviti PKS

4 May 2026

AUDIT PEMANTAUAN 2 MS ISO 9001:2015

?? ????? ???? | ??????  Audit Pemantauan 2 MS ISO 9001:2015 di Politeknik Kuching Sarawak telah dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus membuktikan komitmen berterusan warga PKS terhadap pengurusan kualiti yang sistematik dan berkesan.
Hasil audit menunjukkan pencapaian yang membanggakan apabila tiada ???-?????????? ?????? (???) direkodkan, mencerminkan tahap pematuhan yang tinggi terhadap keperluan standard.
Walau bagaimanapun, sebanyak tiga (3) Opportunities for Improvement (OFI) telah dikenal pasti sebagai ruang penambahbaikan berterusan. PKS akan mengambil tindakan proaktif bagi memperkukuh sistem sedia ada demi memastikan kecemerlangan kualiti perkhidmatan terus dipertingkatkan selaras dengan keperluan pelanggan dan pemegang taruh.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PKS atas komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan audit ini.
Sumber: Unit Jaminan Kualiti, PKS
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman

Accessibility Toolbar