6
Apr
2026
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐄𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Tanah & Survei Sarawak (JTS) yang diketuai oleh SSS Puan Hajah Siti Romiza binti Romali. Kunjungan mereka disambut oleh Ybrs. Mohamad Nazri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak dan Ts. Aidawati binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Kuching Sarawak.
PKS dan JTS telah memulakan kerjasama strategik dalam memperkasakan bidang Geomatik di Sarawak. Kerjasama ini bertujuan untuk menangani kekurangan tenaga kerja mahir dalam bidang Geomatik dan juga memastikan graduan bersedia untuk pasaran kerja.
Selain daripada itu, beberapa inisiatif juga turut dibincangkan dalam memperkukuhkan lagi kolaborasi ini. Turut hadir bersama Puan Munirah binti Dawi Saifuddin (Penolong Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam), Encik Stuart Otto anak Wilson Munan (Ketua Program Geomatik), Encik Mohamad Sharil bin Ibrahim (Ketua Unit CISEC), Encik Hatta Azuwar bin Dahlan (Ketua Unit Perhubungan & Latihan Industri) serta pegawai-pegawai yang lain.
Semoga dengan usaha ini dapat memberi manfaat kepada graduan politeknik dalam meningkatkan kebolehpasaran, kompetensi profesional dan kesediaan mereka sebagai pemacu TVET di industri.








