Berita Dan Aktiviti PKS

16 Oct 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT INDUSTRI (JPI) BIL.1 TAHUN 2026

𝟏𝟒 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐀𝐁𝐔
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung bertempat di ABM Fujiya Berhad.Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Industri serta Jawatankuasa Pengurusan PKS dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi JPI, Sr Hj. Masri Bin Juni @ Mohamad Juni, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Jurukur Perkasa Sdn. Bhd.
Agenda mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat yang lepas serta perbincangan maklum balas bagi memastikan kelancaran perancangan dan kerjasama strategik antara pihak industri dengan institusi. Antara pengisian utama mesyuarat tersebut merangkumi sesi pembentangan dan perkongsian daripada Pengarah PKS, En. Mohamad Nazri bin Ismail, sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan interaktif serta hal-hal lain. Majlis turut diserikan dengan acara penyerahan mock cheque bagi tajaan biasiswa pengajian yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSK Murni Services Sdn. Bhd., Datuk Dr. Ts. Sivakumar. Tajaan ini dijangka memberi manfaat besar serta dorongan akademik kepada para pelajar PKS yang layak. Sesi mesyuarat diakhiri dengan sesi bergambar kenangan, penyampaian cenderamata, dan lawatan ke kilang.

Accessibility Toolbar