Berita Dan Aktiviti PKS

20 Apr 2020

Politeknik Kuching Sarawak Antara 10 Institusi Tvet Terbaik Di Rantau Asia Pasifik

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan institusi TVET pertama di Borneo yang telah melalui audit akreditasi Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) pada 26 hingga 28 Februari 2020 lepas. PKS telah berjaya memperolehi ANUGERAH EMAS sekaligus membuktikan bahawa institusi ini mampu berdiri hebat di rantau Asia Pasifik.

APACC adalah badan di bawah Colombo Plan Staff College (CPSC) yang memberi pengiktirafan dan persijilan kepada institusi TVET di rantau Asia Pasifik. Terdapat tujuh (7) kriteria utama yang dinilai bagi melayakkan institusi menerima penganugerahan tersebut.

Tahniah dan syabas kepada semua warga PKS termasuk para pelajar dan para pekerja perkhidmatan kontrak . Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada rakan kerjasama PKS, pihak industri dan komuniti yang banyak menyokong PKS dalam  merialisasikan pencapaian ini.

POLIKU SAYANG TANGGUNGJAWABKU.

Accessibility Toolbar