20
Nov
2024
Lawatan Penandaarasan Program Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKS ke Swinburne University Of Technology Sarawak Campus
20 November 2024 – Lawatan Penandaarasan Program Jabatan Kejuruteraan Mekanikal , Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ke Swinburne University of Technology Sarawak Campus. Lawatan ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk menambahbaik pengurusan pelaksanaan dan penyampaian program pengajian di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh badan akreditasi ETAC.
Seramai 15 orang turut hadir pada siri lawatan yang terdiri daripada Ketua Program dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKS.
Lawatan ini turut mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak diketuai oleh Dr. Soon Kok Heng, Head of Department – Mechanical Engineering, Assoc. Prof. Dr. Elammaran Jayamani, Associate Dean – External Engagement and Impact, Associate Professor, Mr. Mohamad Safaree bin Sapuan, Assistant Manager, Business Development dan Ms. Nur Amira Edora binti Ahmad Pauzi, Executive, Business Development.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.
Sumber: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
Sila layari https://www.facebook.com/polikuchingsrwk untuk maklumat lanjut