Berita Dan Aktiviti PKS

7 Dec 2022

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR & POLITEKNIK RAI DAN HARGAI PENCAPAIAN PELAJAR RAIH PODIUM PADA TEMASYA SUKAN MALAYSIA KE-20(SUKMA XX) MSN 2022 DALAM MAJLIS APRESIASI

7 Disember 2022 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak mengiktiraf pencapaian pelajarnya yang merupakan kontinjen dan atlet Sarawak yang meraih kilauan pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-20 yang berlangsung pada 16 – 24 September 2022 lepas di Kuala Lumpur.
Pengarah PKS, Tn. Hikmatullah Hajid Ahmad Khan mengucapkan syabas dan tahniah kepada 4 orang pelajar PKS yang berjaya mengharumkan nama Negeri Sarawak dan PKS menumpang bangga atas kejayaan mereka meraih kilauan pingat dalam acara sukan masing-masing pada kejohanan SUKMA 2022 dalam satu majlis apresiasi yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PKS. Pelajar tersebut ialah :
i. Saudara Elias Ghazali bin Zulfikar, pelajar semester 5, Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) memenangi pingat emas dalam acara sukan Muay Thai.
ii. Saudari Nur Durratul Iffah binti Yazit, pelajar semester 5, Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) memenangi pingat perak dalam acara sukan Petanque.
iii. Saudara Mok Xiao Yuan, pelajar semester 3, Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) memenangi pingat perak dalam acara sukan Wushu; dan
iv. Saudari Arifahtul Nabilah binti Suffian pelajar semester 4, Diploma Akauntansi (DAT) memenangi pingat gangsa dalam acara sukan Kabaddi.
Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan anugerah dan penghargaan kepada para pelajar ikon bagi beberapa kategori seperti kepimpinan, kecemerlangan akademik, keusahawanan, kebudayaan, kesukarelawan, kepimpinan kolej kediaman dan program terbaik dan pengarah program terbaik.
Turut hadir bersama-sama Pengarah PKS adalah En. Samsudin Mohd. Saleh, Timbalan Pengarah Akademik, Encik Ahmady Solong, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), En. Mahathir bin Mohamad Kamin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan En. Mohd Hazry bin Ismail, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
Laporan disediakan :
Mahathir Bin Mohamad Kamin
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak
082 845596