Berita Dan Aktiviti PKS

3 Jan 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 & 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐏𝐊𝐒 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓

03 JANUARI 2025 | JUMAAT
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 & 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐏𝐊𝐒 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓
Semua warga PKS telah berhimpun di Dewan Jubli Perak untuk menyaksikan siaran langsung perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2025.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan diikuti dengan ucapan & amanat Tahun Baharu 2025 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Dalam ucapan beliau menekankan kepentingan membina sebuah negara hebat melalui lonjakan prestasi perkhidmatan awam yang lebih baik dan cekap.
Sejurus tamat acara Amanat Tahun Baharu 2025 YAB Perdana Menteri, turut diadakan Majlis Perhimpunan Staf PKS bagi Bulan Januari 2025. Pengarah PKS juga turut menyampaikan ucapan & amanat beliau kepada staf PKS sempena tahun baharu.
Dalam perhimpunan kali ini, turut diadakan penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) bagi bulan November & Disember 2024 kepada pegawai yang terpilih. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.
📸 : Mohamad Hadzli bin Othman

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar