Berita Dan Aktiviti PKS

21 Apr 2025

PKS JUARA KATEGORI INOVASI SISTEM/GAJET DI NGGSIC 2025

Program National Geomatic/Geoinformatic Students Innovation Competition (NGGSIC) 2025 edisi ke-12 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 April 2025 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang. Pertandingan berprestij ini menghimpunkan pelajar dari institusi awam dan swasta seluruh negara yang menawarkan program Geomatik dan Geoinformatik di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.
Bertemakan “Towards A Sustainable Future: Harnessing 4IR for Green Transformation”, NGGSIC 2025 memberi peluang kepada pelajar untuk mencungkil bakat, membudayakan inovasi serta mempamerkan kemahiran dalam pembangunan peta dan sistem/gajet berteraskan teknologi geospatial.
Sebanyak 56 kumpulan melibatkan hampir 200 peserta dari 12 institusi pengajian tinggi telah mengambil bahagian dalam dua kategori utama:
πŸ“ŒPeta Kreatif
πŸ“ŒInovasi Sistem/Gajet
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mencatat pencapaian membanggakan apabila membawa pulang keseluruhan enam pingat:
πŸ₯‡Dua Gold Awards
πŸ₯ˆDua Silver Awards
πŸ₯‰Dua Bronze Awards
Lebih membanggakan, projek inovasi bertajuk β€œPothole Detection” dari PKS telah dinobatkan sebagai 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 πŸ† bagi Kategori Inovasi Sistem/Gajet. Projek ini turut menerima Anugerah Khas: Inovasi Matlamat Pembangunan Mampan dan Hijau, yang ditaja oleh Malaysia Institute of Transport (MITRANS), UiTM Shah Alam.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan dan daya saing pelajar PKS dalam bidang Geomatik serta menjadi pencetus semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berkarya dan menyumbang kepada inovasi berimpak tinggi.
π‘Ίπ’šπ’‚π’ƒπ’‚π’” 𝒅𝒂𝒏 π’•π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰ diucapkan kepada para pelajar dan pensyarah atas komitmen serta semangat inovatif yang tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada semua pelajar PKS untuk terus berkarya, berdaya saing dan melangkah jauh di masa akan datang!
Sumber: Jabatan Kejuruteraan Awam

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar