Berita Dan Aktiviti PKS

14 Jan 2025

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sarawak

14 JANUARI 2025 | SELASA
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sarawak hari ini di Bilik Mesyuarat Utama, Politeknik Kuching Sarawak.
Rombongan Jawatankuasa CUEPACS Gred Sarawak ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS. Kunjungan hormat ini adalah untuk melihat pelaksanaan Skim Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) serta memberi penjelasan yang lengkap kepada penjawat awam di Sarawak.
Turut hadir sama Pengarah – Pengarah POLYCC Zon Sarawak dan barisan Jawatankuasa Pengurusan Politeknik Kuching Sarawak
📸 Mohamad Hadzli bin Othman

Sila layari https://www.facebook.com/polikuchingsrwk untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar