Berita Dan Aktiviti PKS

12 Mar 2024

PROGRAM JELAJAH PENERANGAN & PENJELASAN ISU-ISU SEMASA

11 MAC 2024 | ISNIN
Seramai 20 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak bersama seorang pegawai pengiring telah dijemput untuk menghadiri Program Jelajah Penerangan dan Penjelasan Isu-isu Semasa bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak pagi tadi.
Program anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ini bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa yang berkaitan dengan inisiatif Kerajaan Sarawak. Dua ceramah iaitu Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2023 dan signifikan tenaga hijau di negeri Sarawak telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz Ali daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak dan Encik Mohamad Irwan Aman, Pengurus Besar Kelestarian Sarawak Energy Berhad (SEB).
Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Abdullah bin Haji Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS).
Terima kasih kepada pihak UKAS atas jemputan dan semoga program ini memberi manfaat kepada semua.
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut.

Accessibility Toolbar